Yang Penting Bukan Cawan
Selepas lama tidak bertemu, sekumpulan sahabat berkumpul semula untuk bertanya khabar masing-masing dan bercerita tentang kisah-kisah lama. Selepas itu kumpulan sahabat tersebut berkunjung pula ke rumah guru kesayangan mereka yang kini sudah pun berusia.
Mereka bercerita kepada guru tua itu tentang kehidupan masing-masing, keluarga, rumah, kerjaya dan segala tekanan hidup yang amat membebankan. Walaupun hidup di kota besar dan berjaya dalam karier, kumpulan sahabat itu mengeluh dengan kehidupan yang sedang dilalui.
Mereka tanpa berselindung menceritakan tentang tertekannya dengan karenah anak-anak, rakan sekerja, jiran yang pentingkan diri sendiri, kesesakan lalu lintas, kerugian syarikat, pengurus yang lembab dan gila kuasa, skandal dan pelbagai lagi. Cerita meraka lebih kurang serupa sahaja.
Guru tua hanya tersenyum. Dia berjalan ke dapur, dan kemudian kembali dengan membawa sejag air serta pelbagai bentuk cawan. Ada juga yang diperbuat daripada kaca, ada juga daripada tembikar dan plastik. Cawan-cawan itu ada yang bertangkai, bulat, berukir, berwarna hijau, kuning dan beraneka bertuk lagi.
Guru tua menyuruh bekas-bekas pelajarnya untuk memilih cawan yang disukai. Apabila semuanya mengambil cawan masing-masing yang telah berisi air, guru tua itu pun berkata, "Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal menjadi pilihan kalian, sedangkan yang tidak cantik dan murah ditinggalkan".
"Begitulah hidup ini. Kita hanya memilih yang tercantik menurut pandangan mata, sedangkan itulah yang menjadi punca masalah dan tekanan dalam hidup kita. Apa yang kamu semua perlukan hanyalah air, bukan cawan, tapi secara tidak sedar kamu memilih cawan yang cantik sahaja," kata guru tua.
Si guru menambah, kehidupan ini juga ibarat air sedangkan kerja, wang ringgit serta pangkat umpama cawan yang beraneka bentuk dan warna. Kalau kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak akan ada masa untuk menghargai dan menikmati air itu.
.
.
MASTIKA APRIL 2007
.
.

ko mesti dapat A1 mase SPM kan?hehe
p/s: dey, blospot la dey.friendster blog sgt boring
Myeda E said this on February 28, 2008 at 1:18 am
amboii….hehe
a d e p t said this on March 27, 2008 at 11:48 pm
Hello.
The images were released to celebrate the arrival on Monday of Emma Tallulah, the couple’s third daughter.
Bye.
Taurbboom said this on October 12, 2008 at 3:50 am